BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 13, 2010

AIR! AIR! AIR!

Air merupakan sumber paling penting dalam hidup manusia. namun begitu, mengapa ramai yang masih tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sumber air? Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Kesan ini jugalah yang memudaratkan pengguna-pengguna dan sumber yang utama ini.



Antara kesan-kesan pencemaran air adalah seperti di bawah;

1) Mengurangkan kandungan oksigen terlarut.
2) Kesan kepada kualiti air.
3) Sistem air bawah tanah tercemar.
4) Banjir.
5) Kemusnahan kehidupan akuatik.




Di manakah menghilangnya KEINDAHAN yang memberi sinar CERIA di muka bumi ini???
Renung-renungkan...

PADAHNYA!



Punca-punca pencemaran ini terlalu banyak memmberi kesan yang buruk kepada bumi. Alam sekitar yang tercemar bukan hanya memberi kesan buruk kepada manusia, malah kepada haiwan, tumbuhan dan pelbagai lagi. Kami telah melihat sedikit sebanyak kesan yang berlaku akibat pencemaran yang terjadi di bumu tercinta ini.

Pencemaran udara
;
Kesihatan manusia terganggu.
Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan.
Kesan terhadap haiwan.
Kesan terhadap lapisan ozon.
Kejadian hujan asid.
Kesan rumah hujan.



Kesan terhadap kesemua bahagian ini boleh menyebabkan kematian, kepupusan dan kerosakan di muka bumi ini. Jika haiwan dan tumbuhan pupus, ekosistem manusia akan terganggu. Lapisan ozon yang semakin menipis akan menjejaskan kesihatan manusia dan membawa kepada kerosakan bumi.

KENAPA TERCEMAR?




Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi
sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita
”. (Chief Seattle)

Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga
menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

Kenapa berlakunya pencemaran ni? Daripada sumber yang kami dapati antara puncanya ialah;
Pembangunan tanpa pengurusan.
• Peningkatan 2 kali ganda jumlah kenderaan sejak 1980 di Malaysia menyebabkan penghasilan karbon dioksida yang menipiskan lapisan ozon.
• Pembinaan banyak bangunan sebenarnya menghasilkan pelbagai bunyi bising yang menganggu persekitaran penduduk.
• Pembinaan projek-projek bekalan air sebenarnya menganggu kualiti air itu sendiri.

Tindakan manusia itu sendiri
• Perokok menghembuskan asap yang mengundungi pelbagai bahan kimia yang akan dihidu oleh masyarakat sekeliling dan juga menipiskan lapisan ozon.
• Tindakan individu yang membakar sampah sarap dan bahan buangan menjadi punca kepada pencemaran udara.

Sikap mementingkan keuntungan sahaja

• Keuntungan dilihat sebagai jalan mudah oleh pengusaha kilang dengan membuang sisa kilang ke dalam sungai meskipun menyedari kesannya.
• Sesetengah bandar di tepi laut mengepam sisa kumbahan di tepi laut sebagai langkah mudah selain membina loji pemprosesan bahan kumbahan.

Kekurangan pengetahuan

• Pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.
• Penggunaan bahan berbahaya dalam pembuatan sesuatu benda telah memberi kesan kepada flora dan fauna.

Tiada nilai peka
• Masalah persekitaran juga dilihat sebagai masalah sosial yang menjadikan manusia dan alam sekitar terlibat sekali.
• Masalah pencemaran alam sekitar ini telah berlaku semenjak berpuluh-puluhan tahun dahulu, sekiranya terdapat nilai sensiviti itu, nescaya masalah ini berkurangan.

Monday, May 10, 2010

tRioalam8910

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. (^_^)

Kami di sini Salehudin, Anisa, dan Amalina merupakan pelajar yang ingin membincangkan tentang Lestari Alam. Perbincangan kami akan fokus kepada pencemaran alam yang berlaku di bumi kita ini. Antara pencemaran utama ialah pencemaran dari segi udara, air, tanah dan bunyi. Kami telah diminta oleh guru untuk membincagkan tajuk yang terdapat dalam silibus mata pelajaran Bahasa Melayu, tahun 4.

Justeru, post selepas ini, kami akan menyediakan pelbagai sumber atau pernyataan tentang pencemaran-pencemaran sama ada punca, kesan dan langkah-langkah yang perlu diketahui oleh seseorang individu untuk menjaga alam sekitar kita.(^_~)